Click Dota2 - International Chest

ha ni dia... chest" yang akan memberikan item" yang diimpikan bagi setiap pemain dota yang ingin membukanya.Bagi yang banyak duit boleh lar beli kunci chest" ni di www.dota2.com . 



AMARAN!!! pada sesiapa yang nak beli banyak kunci . sila click sini Click Here
 

Click Dota2 - Items From International Chest

Salam kat sini aku nak kongsi beberapa gambar dari dota2.Item-item di bawah ini hanya bole didapati dari "international chest" sahaja.Selagi stok masih ada.Sebab international chest dia ada tarikh luput.

Brewmaster’s Items

Spiritual Spirits & Mace of the Great Elder:

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=86566131








Juggernaut’s Items

Mask of Death:

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=84156031





Lone Druid’s Items

Crescent Sickle of the Druid,Poor Armor of the Druid,Shoulders of the Twelfth Day,Robes of the Dawn,

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=87114773










Lycanthrope’s Items

Shoulder of the Noble

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=85019190





Morphling’s Items

Crown & Shoulders of the Comet’s Tail

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=88910955





Ogre Magi’s Items

Golden Walrus Whacker,Belt of Champions,Lucky Belt.

http://steamcommunity.com/sharedfiles/filedetails/?id=87973078










Riki’s Items

Sange and Yasha
 

Click Info - Usain Bolt vs. Gravity

Tu diaaaQ~ 






huhuhu..  antara pakcik usin ni dengan penerjun saper paling laju ?? meh tengok sedikit penerangan ringkas
oleh minutephysics . Husinnn or Husinnnn !



 

Click Tahukah Anda - BASHAR AL ASSAD RUNTUHKAN SYRIA

Sadish~



PEMBUNUHAN beramai-ramai orang awam seolah-olah tidak akan berakhir. Selepas Hitler membunuh lebih enam juta Yahudi semasa Perang Dunia Kedua, diktator Pol Pot membunuh tidak kurang dua juta orang awam, tentera Amerika Syarikat (AS) membunuh 300 orang awam di My Lai Vietnam tahun 1969, pembersihan etnik yang mengorbankan lebih dua juta umat Islam di Bosnia tahun 1992 serta tentera marin AS membunuh 24 orang awam di Haditha, Iraq tahun 2006, banyak penganalisis sosial menganggap tidak berlaku lagi perbuatan kejam itu kerana manusia semakin bertamadun.

Tetapi tragedi pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak berdosa berulang lagi. Kini perbuatan yang tidak bertamadun itu berlaku lagi dan yang malangnya ia berlaku di sebuah negara Islam.

Di Syria, tentera yang setia kepada diktator Presiden Bashar al Assad sudah membunuh hampir 200 orang awam. Pada minggu lalu tentera kerajaan menyerang sebuah kampung dan membunuh lebih 100 orang awam, sementara Rabu lalu pula 78 orang menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai.

Dalam tragedi My Lai yang berlaku pada 16 Mac 1968 itu tidak didedahkan hasil siasatannya kepada umum. Kes ini ditutup oleh AS sehinggalah dibongkar oleh wartawan penyiasatan akhbar Independent, Seymour Hersh pada 12 November 1969. Dunia wajar berterima kasih kepada wartawan.

Selepas pendedahan eksklusif dalam Independent, pada 20 November tahun yang sama majalah Time, Life dan Newsweek membuat laporan khas sementara stesen televisyen CBS juga membuat temu bual-temu bual eksklusif yang akhirnya menggoncang kedudukan Presiden Richard Nixon, Penasihat Keselamatan Henry Kissinger serta Setiausaha Pertahanan Melvin Laird.

Tetapi di Syria, pembunuhan beramai-ramai dilakukan secara terbuka dan tidak disorok daripada pengetahuan media. Bagaimanapun Bashar tetap berdolak-dalik dan menuduh ia dilakukan oleh puak pelampau dan bukannya tentera yang setia kepadanya. Beberapa saksi mengatakan pembunuhan itu dilakukan oleh tentera kerajaan. Malah banyak gambar mangsa disiarkan di media termasuklah kanak-kanak yang pecah tempurung kepala mereka dibedil tentera yang setia kepada diktator Bashar.

Kalau Nixon takut dengan tragedi My Lai yang boleh menumbangkannya, Bashar pula seolah-olah tidak gentar dengan tindakannya membunuh orang awam termasuk kanak-kanak. Dia cuma menafikan terlibat dalam pembunuhan itu, tidak lebih daripada itu. Bashar masih yakin dia begitu kuat untuk menghapuskan pihak pembangkang dengan melancarkan perang ke atas mereka.

Campur tangan

Pembunuhan beramai-ramai ini adalah bermulanya detik kejatuhan Bashar. Ini kerana perbuatan ini mengundang campur tangan asing yang berlindung di sebalik badan dunia seperti Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Walaupun sebelum ini rakyat bangkit menuntut reformasi politik di Syria tetapi kuasa luar tidak ada alasan lebih kukuh untuk mencampuri hal ehwal dalaman Syria. Tetapi isu yang kontroversi seperti pembunuhan beramai-ramai ini, kuasa luar ada alasan untuk mempercepat keruntuhan negara Islam ini.

Krisis di Syria bermula selepas beberapa negara Arab seperti Tunisia, Mesir dan Libya hancur akibat kebangkitan rakyat menumbangkan diktator. Ini sebenarnya bukanlah kebangkitan rakyat semata-mata tetapi campur tangan pihak luar yang mahu meruntuhkan negara-negara berkenaan. Pihak luar memainkan peranan di sebalik tuntutan keadilan sosial dan demokrasi dalam politik yang akhirnya mengundang campur tangan secara rasmi daripada NATO dan PBB menerusi Majlis Keselamatan.

Kebangkitan yang dikatakan dicetuskan oleh rakyat yang dahagakan reformasi politik ini merebak ke Syria tahun lalu selepas mendapat semangat daripada kejayaan rakyat menumbangkan diktator Hosni Mubarak di Mesir dan Muammar Gaddafi di Libya. Amerika Syarikat (AS) mengistilahkan kebangkitan ini sebagai Arab Spring. Hakikatnya bukanlah musim bunga tetapi gelora politik yang tiada berhujung bertapak di negara-negara berkenaan. Kini Syria menjadi salah satu daripadanya.

Bashar yang menggantikan ayahnya Hafez al Assad pada 2000 sebagai Presiden Syria. Dia meneruskan pemerintahan diktator di negara yang menjadi butang penting kepada dunia Arab terutama Turki, Lebanon dan Israel. Pada masa yang sama Syria mempunyai hubungan rapat dengan Rusia yang menjadi kebimbangan AS untuk menstrukturkan politik di Asia Barat.

Pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan Bashar terhadap rakyatnya yang mahukan reformasi politik telah mengundang campur tangan kuasa asing dalam negaranya. Tindakan ini tidak menguntungkan sesiapa waima Bashar sendiri kerana kuasa asing akan menggunakan alasan ini untuk mencampuri hal ehwal dalam negara Syria. Kedegilan dan sikap diktator pemimpinlah yang memberi bala kepada rakyat apabila kuasa asing menyelinap untuk membantu menumbangkannya.

Bashar memang diktator. Dia patut ditumbangkan dan diganti dengan pemimpin yang berjiwa rakyat. Tetapi penentangan puak haluan kiri sebenarnya bukanlah seperti perusuh mahu menumbangkan Mubarak atau Gaddafi. Puak haluan kiri terutama Majlis Kebangsaan Syria (SNC) memilih pendekatan budi bicara untuk menurunkan diktator Bashar. SNC yang dipimpin oleh pembangkang Burhan Ghalioun berpangkalan di Istanbul Turki tidak bertindak ganas.

Perjuangan puak berhaluan kiri adalah mahu memecahkan kongkongan parti Baath yang memerintah Syria tanpa demokrasi lebih lima dekad lalu. Bashar pula bertindak menekan dan menindas pembangkang yang muncul sebagai suara pembaharuan Syria.

Tindakan Bashar untuk terus berkuasa membuatkan rakyat marah dam memprotes. Tindakan rakyat mendapat sokongan Liga Arab dan PBB menerusi Majlis Keselamatan dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Syria. Ini adalah permulaan zaman gelap Syria dan yang menanggung kesan daripada pergolakan politik ini adalah rakyat yang dinafikan suara mereka untuk memilih pemimpin. Mereka ini bukan sahaja ditindas malah menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai hanya kerana menyuarakan hasrat mendesak diktator Bashar mengundurkan diri.

Pada akhir Januari lalu, Liga Arab mengarahkan Bashar membuat reformasi politik dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya kemudian mengadakan rundingan dengan pembangkang. Pada masa yang sama Liga Arab mengarahkan pilihan raya pelbagai parti diadakan dan dipantau oleh pemerhati antarabangsa. Tetapi hasilnya ialah tindakan ganas tentera kerajaan terhadap penunjuk perasaan yang memaksa pilihan raya ditangguhkan.

Sejak Jun tahun lalu Syria telah menjangka akan berlaku krisis ekonomi yang teruk apabila kadar pengangguran, kemiskinan dan kenaikan harga barang yang tidak terkawal. Kini sektor perdagangan dan perladangan mengalami kesan yang teruk apabila Liga Arab, Kesatuan Eropah (EU), AS dan negara jirannya, Turki mengenakan sekatan ekonomi.

Akhirnya Syria bukan sahaja berdepan dengan krisis politik akibat kebangkitan rakyat menentang pemimpin diktator malah ekonomi yang merosot dengan pantasnya. Akibatnya mata wang pound Syria menjunam apabila diniagakan di pasaran gelap. Ketika ini nilai mata wang pound Syria jatuh lebih 60 peratus berbanding dolar Amerika.

Kalau Syria hancur selepas ini, ia dihancurkan oleh pemimpin diktator yang mengundang campur tangan asing. Sekiranya Bashar bertindak demokratik dan menerima kewujudan parti pembangkang, Syria tidak berada dalam keadaan yang tenat seperti sekarang.


Oleh : Ku Seman Ku Hussain
 

Click Malaysia Only - Lagu Hangit Raya Di Jalan Duta

Selamat Hari Raya ~




lagu yang dinyanyikan oleh Hotfm staff. semepena hari raya yang bakal tiba beberapa hari lagi." 
Sempoiiii~~ tak sabar ler teww nak raya an ?? 



nak lagu lagi ??  http://www.hotfm.com.my/
 

Click Tahukah Anda - Jerebu Kemungkinan hingga Oktober


Hazel erhhh~





KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang adalah satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi dengan bacaan 101.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, 13 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (35) dan Pelabuhan Klang mencatat IPU tidak sihat. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Antara kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Alor Setar dan Bakar Arang Sungai Petani (78), Seberang Perai, Pulai Pinang dan Bukit Rambai, Melaka (76) serta Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing mencatatkan IPU (75) dan (71).

Menurut JAS, imej satelit yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia meningkat kepada 88 berbanding 39 dua hari lalu.

"Ia telah menyebabkan kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober depan," kata JAS.

Sehubungan itu, JAS sudah pun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri bagi mempertingkat pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) dalam usaha memantau status kualiti udara di seluruh negara.
JAS turut mengingatkan orang ramai berhubung Perintah Larangan Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya, Kuala Baram di Miri, Sarawak, masih berkuat kuasa serta Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara tempatan.

Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727. - BERNAMA


Sumber dari : Click Here





Apakah Itu Jerebu?

Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.

Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.

Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:

Pembakaran terbuka
Pembukaan tanah
Penggunaan kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api industri

Jerebu di Malaysia

Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun  barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.

Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:

Tempoh cuaca kering yang panjang
Keadaan atmosfera yang stabil
Sumber pencemaran yang pelbagai

Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.

Bagaimana Jerebu Menghilang?

Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:

Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.


 Adakah Jerebu Berbahaya?

Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.









 

Click Tahukah Anda - What is Nuffnang Malaysia ?

Heyyyooo~





haa... baru jer register account kat nuffnang.. aku terus upload video berkenaan nuffnang . maner yang tak ada account tu lagi cepat-cepat lar register yer"~ mana tau boleh cari duit sampingan.. hehehe . Pada yang dah expert tu jangan segan silu beri tunjuk ajar kat orang-orang baru yer . 


 

Click Dota2 - Fails of the Week by : hexOr

Dotatratata~



totally failed!"




 

Click Dota2 - Pencuri Aegis Immortal

Dotatataa ~




Episod pertama yang diedit oleh DOTACINEMA . episod kegagalan roshan . dan tak berjaya untuk mendapatkan aegis of immortal. 



Kalau korang berminat untuk masukkan video klip korang . Click Here
 

Click Click - Senarai Widget Blog

Senarai Widget Blog ~






Kepada sesiapa yang baru dalam blogging ni.. boleh rujuk website yang berguna ni.. saya cuma berkongsi ilmu . walaupun saya pun baru . sharing is caring. ok "! selamat mencuba iyer ;)


Rating - http://www.blogorator.com 

Form ke Email - 
http://www.emailmeform.com 

Chatbox - 
http://www.cbox.ws

Shoutmix - http://www.shoutmix.com

Favicon - 
http://www.deviantart.com

Feedjit - http://feedjit.com
 

Flag Counter - http://s03.flagcounter.com 

Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com
 

LinkWithin – http://www.linkwithin.com
 

Map - http://www.feedmap.net
 

Mybloglog - 
http://pub.mybloglog.com

Free Domain - 
http://www.zonestraits.com 

Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com
  ( Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita )

Waktu Solat - http://www.waktusolat.net

Online User - http://www.widgeo.net ( Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita )


Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my ( Boleh buat duit dengan menulis blog )

Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com  ( Boleh buat duit dengan menulis blog )


Laporan asal  : Click Here
 

Click Bebal - Kereta Apek langgar Ambulan

Ni makan dia!

gambar sekadar hiasan

aper pun tak boleh. tak tau aper motif mamat ni rakam video sewaktu memandu ??? " Paiseh "


 

Click Malaysia Only - Geng Samun Tewas di One Utama Shopping Kompleks

Gogo Pak Guard!



Inilah rupa PakGuard di One utama . yang berjaya memberkas penyamun di kawasan jagaan nya. hehe."
Saksi menyatakan bahawa mamat penyamun ni berbadan besar dan gempal. dalam empat orang kesemuanyan.. Memang Terbaik la . Siap ada anjing lagi...



sedikit sebanyak paparan selepas kejadian . dari MetroTv


 

Click Bebal - Steve Kardynal Yang giler2

Lowl~




haish.. ari ni asyik post video steve kardynal jer.. dia ni saing-saing mamat remy gaillard dari france tu..
masing-masing boleh dikategori kan gila tapi berjaya... hehe 



 

Click Bebal - Satu lagi video Steve Kardynal

Perghh!





hehehe.. mamat ni memang tak tahu malu langsung.. mungkin sebab nak kejar glamour kot??
tapi paper pun memang terbaik la mamat ni.. giler giler remaja.. wehehehe... agak-agak kat malaysia ada tak yang nak buat macam ni ??? 




 

Click Bebal - Call Me Maybe - Carly Rae Jepsen (Chatroulette Version)

LOL x 10000 !




tak tahan aku tengok video ni.. dari stress sebab tak dapat nak pos barang hari ni.. ramai sangat yang nak pos barang kat POS MALAYSIA . aku tengok video ni terus sejuk sikit hati yang panas . hehehe..





 

Click Dota2 - Invoker's Raging Fury 3 IMBA


Woot WOot~

yang ni lagi imba. nak cuba tiru dia punya skills.nampak macam senang.. tapi nanti dalam game confirm lain yang jadi. ehehehe






 

Click Dota2 - WoDotA - Sunstrikes Vol.1

Woot Woot~



tu diahhh tu diahh... video ni sesuai untuk korang yang hebat dengan invoker. atau jari jemari yang ( ~!@#$%^& ) 120km/h . hehehe . Enjoy k 




 

Click Islam - Peperangan penduduk Syria ( melepaskan syrian army )

Yeaazaa!






Hari ini kita menanti untuk menyambut hari raya . tapi di negara syria mereka menantikan kedamaian . bersyukurlah dengan apa yang kita ada hari ini.. sesungguhnya ada yang lebih susah diluar sana. Syukur padaMu ya ALLAH"

Semoga mereka-mereka disana mati syahid dan ditempatkan di dalam jannah , aminnnn 






 

Click Click - Kemalangan BMW M3

Hati2 warga blogger ~




malang itu memang lah tidak berbau... pandu lah kenderaan anda dengan kadar sederhana atau had kelajuan yang telah ditetapkan.Dalam beberapa saat sahaja kemalangan boleh berlaku.. tak salah kalau kita lambat beberapa minit ke destinasi yang nak dituju,daripada lambat selama-lamanya..Pesanan ringkas ini ditaja oleh. Teko cap ibu & anak. hehehehe. 


 

Click Movie - Hantu Gangster by Namawee

Funny 100% 





petang tadi sebelum berbuka.. lepak" dekat TS "Time Square . jalan-jalan cuci mata sambil }window shopping" selepas tu tengok movie dengan My cinta hati . cerita nya yang bertajuk "Hantu Gangster"
1st time tengok cerita yang diarah oleh Namawee . Aku sebenarnya tak suka sangat ngan mamat ni..Pasal Kes lagu yang dimainkan dulu...Tapi lepas tengok jer cerita "Hantu Gangster" aku terus tabik spring kat mamat ni .. tuiinngggg ~~!! da best la NAMAWEE!! mungkin lagi beberapa tahun kita penuh dengan filem yang hebat-hebat macam ni.. all da best for u 

dibawah adalah trailer bagi cerita "Hantu Gangster" cepat2 tengok cerita ni.. taku basi. hehehe


+ music video "Hantu Gangster" Enjoyyyhhh 



 

Click Teknologi - Inovasi Makmal Automotif volkswagen di Stanford


Cool aite~





Penampilan seperti Sebastian Thrun dan rakan-rakannya di Stanford masih berusaha untuk membina kereta autonomi selepas memenangi Cabaran Grand DARPA dan akan datang di tempat kedua dalam beberapa cabaran di Bandar mereka. Kerjasama mereka dengan Volkswagen Jerman semasa kedua-dua Cabaran telah menyebabkan mewujudkan pusat baru di Stanford tertumpu kepada pembangunan kereta . Volkswagen melabur lebih 5 juta dolar di pusat ini baru bagi kenderaan autonomi.

Beberapa daripada kereta autonomi profesor Thrun adalah pada paparan. Junior telah menunjukkan keupayaannya untuk meletak autonomi seperti a pro menerusi paparan di iPhone. saksikan sendiri bagaimana junior melakukanya .




 

Click Robot - EVOLTA AA PANASONIC

Feel Free ~ 


Salam Ramadhan . Hari ni terasa senang nak update blog pasal robot. Banyak benda yang menarik pasal robot ni.. banyak yang kita tak tahu.banyak juga yang kita perlu tahu.. Sedikit sebanyak saya nak kongsikan sikit kisah berkenaan robot-robot yang boleh mengantikan kerja-kerja manusia. 

Promosi produk selalunya urusan tanpa rasa malu, tetapi Panasonic telah menemui satu cara yang mengagumkan untuk menunjukkan panjang umur bateri EVOLTA AA mereka. Robo-Garasi , yang digelar "bot Evoia", yang melakukan sesuatu yang mudah, tapi mengagumkan - ia berjalan dan berjalan, dan berjalan, tanpa henti , sehinggalah kehabisan sumber tenaga. semua rekod telah dicatit ke dalam world book of rekod".




Disini kami paparkan video EVOLTA AA . yang bertungkus lumus
membuat kayuhan sehingga kehabisan bateri. sangat comel robot yang "cinonet" ni




Laporan asal :  Click Here


 

Click Malaysia Only - PEKERJA PETRONAS LARIKAN DUIT 4K DALAM 2MINIT

Born to be~




10 OGS 2012, PEKERJA PETRONAS PUCHONG GATEWAY YANG BARU BEKERJA SATU HARI TELAH MELARIKAN DUIT 4K DENGAN SELUMBER. UNTUK PERINGATAN KESEMUA STESEN MINYAK TOLONG BERHATI2 DENGAN LELAKI TERSEBUT, KERANA MENGIKUT LAPORAN POLIS LELAKI TERSEBUT ADA KES YANG SAMA MELARIKAN WANG DENGAN BEKERJA SATU ATAU 2 HARI BKERJA SELEPAS ITU DENGAN RASA TIDAK TAKUT MELARIKAN DUIT DENGAN CARA BERSAHAJA.. KEPEDA ANDA YANG MELIHAT VIDEO INI, MINTA KERJASAM TOLONG SEBARKAN KERANA UNTUK PERINGATAN KEPADA SEMUA YG BERKENAAN SUPAYA BERHATI2.. 

posted by : Click Here





 

Click Click - Senarai Medal Olympic London 2012 12/8/2012

1st !



Senarai medal pada 12/8/2012 . Malaysia dapat tempat ke - 54 . pun dah kira ok la tu... Proud to be Malaysian . moga-moga generasi akan datang lebih gemar bersukan . dan lebih memajukan industri sukan negara . errr.. tah aper lah yang aku bebel pagi-pagi ni... mungkin sebab mengantok kot. aiyahh...





1
United States392526
90
2
China372419
80
3
Great Britain251514
54
4
Russia122124
57
5
Korea1276
25
6
Germany101711
38
7
France8912
29
8
Hungary843
15
9
Australia71310
30
10
Italy766
19
11
Kazakhstan6-3
9
12
Japan51415
34
13
Netherlands557
17
14
Iran441
9
15
New Zealand425
11
16
DPR Korea4-1
5
17
Belarus334
10
18
Cuba333
9
18
Jamaica333
9
20
Ukraine316
10
21
South Africa311
5
22
Spain272
11
23
Romania252
9
24
Denmark243
9
25
Czech Republic233
8
26
Brazil227
11
27
Kenya223
7
28
Poland216
9
29
Croatia211
4
30
Switzerland21-
3
31
Ethiopia2-2
4
32
Canada1511
17
33
Sweden133
7
34
Slovenia112
4
35
Georgia111
3
35
Norway111
3
35
Tunisia111
3
38
Dominican Republic11-
2
39
Ireland1-2
3
40
Lithuania1-1
2
40
Turkey1-1
2
42
Algeria1--
1
42
Grenada1--
1
42
Venezuela1--
1
45
Colombia-33
6
46
Mexico-32
5
47
Azerbaijan-23
5
48
Egypt-2-
2
49
India-13
4
49
Slovakia-13
4
51
Armenia-12
3
51
Belgium-12
3
51
Mongolia-12
3
54
Estonia-11
2
54
Indonesia-11
2
54
Malaysia-11
2
54
Serbia-11
2
54
Thailand-11
2
54
Chinese Taipei-11
2
60
Botswana-1-
1
60
Bulgaria-1-
1
60
Cyprus-1-
1
60
Finland-1-
1
60
Guatemala-1-
1
60
Portugal-1-
1
66
Argentina--2
2
66
Greece--2
2
66
Moldova--2
2
66
Qatar--2
2
66
Singapore--2
2
71
Afghanistan--1
1
71
Hong Kong, China--1
1
71
Saudi Arabia--1
1
71
Latvia--1
1
71
Morocco--1
1
71
Puerto Rico--1
1
71
Tajikistan--1
1
71
Trinidad and Tobago--1
1
71
Uzbekistan--1
1
71
Kuwait--1
1
54
Malaysia-11
2
 

how to be pro???