Hazel erhhh~
KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang adalah satu-satunya kawasan yang mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sehingga 11 pagi tadi dengan bacaan 101.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, 13 kawasan mencatat IPU baik, IPU sederhana (35) dan Pelabuhan Klang mencatat IPU tidak sihat. IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Antara kawasan mencatat IPU tertinggi ialah Alor Setar dan Bakar Arang Sungai Petani (78), Seberang Perai, Pulai Pinang dan Bukit Rambai, Melaka (76) serta Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing mencatatkan IPU (75) dan (71).
Menurut JAS, imej satelit yang dikeluarkan oleh Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) semalam menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera Indonesia meningkat kepada 88 berbanding 39 dua hari lalu.
"Ia telah menyebabkan kemerosotan kualiti udara di pantai barat Semenanjung Malaysia khususnya di Pelabuhan Klang. Berdasarkan maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan panas dan kering di rantau ini akan berpanjangan sehingga Oktober depan," kata JAS.
Sehubungan itu, JAS sudah pun menggerakkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri bagi mempertingkat pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) dalam usaha memantau status kualiti udara di seluruh negara.
JAS turut mengingatkan orang ramai berhubung Perintah Larangan Terbuka bagi kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Tudan, Permai Jaya, Kuala Baram di Miri, Sarawak, masih berkuat kuasa serta Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara tempatan.
Orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan memberikan kerjasama dengan melaporkan sebarang aktiviti kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian 1-800-88-2727. - BERNAMA
Sumber dari : Click Here
Apakah Itu Jerebu?
Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg, zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
Pembakaran terbuka
Pembukaan tanah
Penggunaan kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia
Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
Tempoh cuaca kering yang panjang
Keadaan atmosfera yang stabil
Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah. Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
Pemendapan – zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
Basuhan hujan (rainout) – pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang akhirnya menghasilakan awan.
Cucian (washout) – zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan titisan hujan.
Pergolakan – zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar. Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif.
0 comments:
Post a Comment